Zulhilmi Zainudin (dot) com

3 Sebab Kerja Berkumpulan Gagal

by Zainudin Zulhilmi on April 11, 2012

Salah satu cara terbaik untuk menjayakan sesuatu perancangan besar dalam satu tempoh masa yang amat terhad adalah dengan kerjasama berkumpulan. Salah satu cara terbaik untuk ‘memusnahkan’ misi yang sama juga melalui kumpulan.

Saya tertarik untuk berkongsi pendapat peribadi saya di sini bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan, pembaca blog yang budiman. Entri ini saya tulis secara tidak sengaja selepas membelek kembali responds yang saya terima daripada rakan-rakan di Twitter siang tadi (saya menulis entri ini pada jam 03:15 pagi).

kepimpinan berkumpulan

PS: Paparan di atas adalah respond daripada tuan Aqif Azizan selepas saya ‘tweet’ satu perkara akibat kesal dengan  sikap beberapa orang rakan saya yang gagal menghadirkan diri untuk sesi pertemuan untuk satu projek pelajar yang akan di adakan tidak lama sahaja lagi.

Kerja Berkumpulan – Setiap Ahli Adalah Ketua

kerja berkumpulan gagal

Setiap hasil yang hebat, pasti bermula daripada perancangan dan persediaan insan-insan yang hebat di sepanjang perjalanan kerja itu sendiri. Dan, setiap ahli kumpulan itu adalah ketua. Ketua di sini bermaksud pemimpin kepada rakan kumpulannya yang lain.

Sebagai contoh, si A seorang ketua di Bahagian Pemasaran. Beliau mempunyai si B yang bertugas di Bahagian Jualan dan si C di Bahagian Operasi sebagai rakan kumpulan di dalam satu organisasi. Walaupun si A mahir dan diberi kepercayaan dalam pengurusan perihal pemasaran syarikat, pada masa yang sama, si B dan si C juga diberi tanggungjawab yang sama di dalam konteks yang berbeza.

Oleh yang demikian, terbukti di sini bahawa si A, si B dan si C adalah ketua kepada setiap yang lain dalam kalangan mereka. Jika ditanya si C yang bertugas di Bahagian Operasi mengenai idea pemasaran, sudah pastinya beliau akan merujuk si A yang bertugas di Bahagian Pemasaran. Dan, begitu sebaliknya.

Ketua Adalah Pemimpin – Tulang Kejayaan Kumpulan

ketua adalah pemimpin

Setiap daripada ahli kumpulan memainkan peranan yang cukup besar. Walaupun usaha dan keringatnya tidak nampak secara jelas, percayalah bahawa kerjasama dan usaha yang diberikan oleh setiap seorang daripada kumpulan itu amat diperlukan.

Sebagai contoh, andaikan si A yang mahir dalam pemasaran ini tiada buat beberapa minggu di syarikat. Sudah pasti si B yang bertugas di Bahagian Jualan dan si C yang bertugas di Bahagian Operasi akan turut sama merasai kesannya.

Bagaimana? Baiklah. Mudah sahaja. Umum kita mengetahui bahawa pemasaran itu adalah nadi kepada terhasilnya sesuatu jualan. Dan, daripada stok yang berjaya dijual inilah, tim di Bahagian Operasi akan mengeluarkan ‘batch’ baru untuk dipasarkan.

Jadi, dalam kisah si A, si B dan si C ini, jika salah seorang daripada mereka gagal memberikan yang terbaik, sudah pasti keseluruhan perjalanan syarikat akan terbantut. Jelas di sini bahawa SETIAP daripada ahli kumpulan itu sangat penting dalam memainkan peranan masing-masing.

3 Sebab Kerja Berkumpulan Gagal

Baiklah, kita ambil sahaja situasi yang sama untuk penerangan sebab-sebab ini. Saya masih menggunakan watak si A (Ketua Bahagian Pemasaran), si B (Ketua Bahagian Jualan) dan si C (Ketua Bahagian Operasi) sebagai watak utama.

#1 – Tiada Kepercayaan – Buat Ini Tidak Kena, Buat Itu Tidak Kena

tiada kepercayaan dalam kerja berkumpulan

Keperluan asas dalam kerja berkumpulan adalah kepercayaan. Hubungan yang baik juga berkait rapat di sini. Bayangkan jika setiap kali si A membentangkan ideanya untuk projek-projek pemasaran syarikat, si B dan si C hanya senyum sinis daripada jauh dan tidak meletakkan kepercayaan dan sokongan untuk si A terus berjuang.

Si A mungkin boleh berbangga dengan idea dan usul yang dihujahkan di hadapan barisan lembaga pengarah syarikat. Tetapi, percayalah, idea yang dilontarkan hanya akan tinggal idea. Ini kerana, jika si B dan si C tidak mahu melihat kejayaan yang sama dan tidak meletakkan kepercayaan yang serupa, mustahil matlamat yang diidamkan akan tercapai.

#2 – Sibuk Hal Masing-masing – Hal Engkau, Hal Engkau

sibuk hal masing-masing

Bayangkan pula apabila si A ini berusaha sehabis baik dalam merangka idea pemasaran baharu untuk syarikat. Apabila idea itu dikongsi untuk sesi pendapat kepada si B dan si C, kedua-duanya menyambutnya dengan dingin dan bersahaja. Tiada sebarang ekpresi sokongan ditunjukkan dan hanya ‘melihat tanpa mendengar’.

Matlamat dan angan-angan menggunung si A sekali lagi akan terbengkalai begitu sahaja. Kerja berkumpulan seharusnya mengutamakan sesi perbincangan lebih daripada yang lain. Kenapa? Kerana saya percaya, hanya melalui sesi ini sahajalah, semua ahli akan duduk mendengar setiap perancangan dan memberikan pendapat mereka masing-masing.

#3 – Arahan Kabur – Ahli Pasif

arahan kerja kumpulan yang kabur

Seperti yang kita sedia maklum daripada penerangan di atas, setiap daripada mereka ini adalah ketua kepada lain. Adalah mustahil bagi si B dan si C untuk melalukan aktiviti pemasaran. Namun, jika si A ini memberikan arahan yang jelas dan lengkap, tidak mustahil si B dan si C boleh melakukan promosi yang sama walaupun bertugas daripada bahagian yang lain.

Oleh yang demikian, fokus kepada penyampaian arahan yang jelas dan lengkap setiap kali sesi perbincangan. Ini penting bagi memudahkan setiap tugasan yang akan dibuat tanpa sebarang kepincangan. Lebih baik, setiap arahan ini diulangi beberapa kali bagi mengingati mereka akan tugasan yang wajib mereka selesaikan.

* * *

Saya menulis berdasarkan pengalaman saya menguruskan beberapa agenda dan program sebelum ini. Juga daripada pengalaman saya menguruskan tim Zulh Freelancer dan Muslim Wears sendiri. Saya tiada sebarang skil kepemimpinan. Saya hanya berikan komitmen yang terbaik yang saya mampu dan tidak memberi sebarang alasan.

Skil kepemimpinan itu boleh dibina. Melalui sistem mentor (secara langsung) atau melalui pemerhatian dan pengalaman (secara tidak langsung). Saya menulis dan berkongsi atas dasar pemimpin dan sifat kepemimpinan yang saya ada. Semoga tuan-tuan dan puan-puan memperoleh manfaat daripada perkongsian saya ini.

Kredit foto: andrewcvjurvetsonstriaticflossyflotsamwwworks.

{ 14 comments… read them below or add one }

Aqif Azizan April 12, 2012 at 5:26 PM

Semakin hari semakin ohsem artikel di blog ini. Tuan ada bakat yang terserlah dalam bidang penulisan.

Berhenti jadi pereka grafik. Ho ho ho! :D

Reply

Zainudin Zulhilmi April 12, 2012 at 5:34 PM

Terima kasih tuan Aqif. Memang ada hajat untuk berhenti dan memfokuskan kepada media education khususnya dalam bidang multimedia seperti yang dilakukan oleh tim Envato & Hongkiat. Cuma masih belum bersedia sepenuhnya. Perlukan doa dan sokongan daripada insan-insan hebat seperti tuan untuk saya jayakan laman education berbahasa Melayu sepenuhnya seperti ini. :)

Reply

Aqif Azizan April 12, 2012 at 6:02 PM

Saya sentiasa mendoakan usaha tuan. Saya juga sediakan menyediakan bantuan untuk merealisasikan impian tuan. Sinergi ini akan membawa satu lagi nafas baru dalam dunia penerbitan dan media 2.0 tempatan. Insya Allah. :)

Reply

Zainudin Zulhilmi April 12, 2012 at 6:12 PM

Terima kasih di atas doa ini tuan. Saya juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan usahawan kita yang lain termasuk tuan dan tim Majalah Niaga. Semoga cita-cita saya ini akan tercapai jua satu hari nanti. Amiin. :)

Reply

zool April 14, 2012 at 10:30 AM

Memang masalah kumpulan bila ada yang tak menjalankan kerja dan mengharapkan ketua dan beberapa org je yg buat kerja..

Reply

Zainudin Zulhilmi April 14, 2012 at 11:33 AM

Tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, arahan yang jelas daripada ketua itu amat penting. Kegagalan ketua dalam memberikan arahan yang tepat dan jelas akan memungkinkan ahli kumpulan hilang fokus dan menjadi pasif.

Terima kasih di atas pandangan ini tuan. Saya suka! :)

Reply

Lily Nrman April 28, 2012 at 3:31 AM

Bg sy, saya lebih suka bekerja sendiri sbb sy rasa diri dan mutu kerja saya lebih produktif di samping mghadapi masalah seperti di ats bila bkrja berkumpulan. Sikap tidak serius terhdp sasaran n topik dibincangkn, seperti jwb telefon, bermain Sms…mmg pernah buat sy rs tercabar memainkn peranan sbg ketua. Sbb tu, lepas ni, lau nk cr partner, kena ada minat yg sama dn jelas hala tuju. Konfirm, kerjasama akn jadi lebih padu.

Reply

Zainudin Zulhilmi May 3, 2012 at 3:17 AM

Benar cikpuan Lily. Saya setuju dengan pendapat cikpuan. Amat sukar mencari rakan sekumpulan yang mempunyai disiplin yang tinggi. Masing-masing mudah hilang fokus dengan cepat. ;)

Reply

titan December 6, 2012 at 4:32 AM

suka dengan gambar-gambar nih..
Entri terbaru titan – Komisen kedua dari AddMathTambahan.bizMy Profile

Reply

Zulhilmi Zainudin December 7, 2012 at 8:55 AM

Terima kasih! :)
Entri terbaru Zulhilmi Zainudin – Infografik: Trend Online Shopping Rakyat MalaysiaMy Profile

Reply

Asyrof Asri April 1, 2013 at 7:47 PM

Tahniah, Tuan Zul ada bakat dalam dunia penulisan. ;)

Tidak mustahil satu hari Tuan menjadi Penulis Bestseller. ;)
Entri terbaru Asyrof Asri – Wordless Monday – Think Outside The Box ProgramMy Profile

Reply

Zainudin Zulhilmi April 12, 2013 at 2:41 AM

Insya-Allah. Mudah-mudahan.
Terima kasih tuan. ;)

Reply

bukharimalek December 23, 2013 at 10:42 AM

terbaik!.. saya suka blog ni.. hahahah ciri ciri dan gaya kena dengan jiwa!! terbaik bro….. malaysia perlukan orang mcm ni… keh3…
Entri terbaru bukharimalek – Jejak Ke KedahMy Profile

Reply

Zainudin Zulhilmi December 23, 2013 at 10:48 AM

Terima kasih bro. Blog ini sudah lama tidak diupdate. Tahun depan insyaAllah saya akan hidupkan semula blog ini.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: