Review Seminar SEO Majalah Niaga

Bagi seseorang usahawan, menguasai pelbagai teknik pemasaran adalah satu kewajipan. Salah satu sumber trafik yang boleh meledakkan lagi hasil jualan dan mampu membawa pelawat ke laman web kita secara konsisten adalah melalui teknik pemasaran SEO.

teknik-seo

Apa Itu Pemasaran SEO?

Secara mudah, pemasaran SEO adalah berkait rapat dengan enjin carian di Internet seperti Google, Yahoo! Dan MSN. Jika dilihat kepada tabiat kita sebagai pengguna Internet, sudah semestinya kita akan menaip sesuatu di Google untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai sesuatu perkara. Benar?

Keputusan carian yang bakal kita lihat di Google itu sebenarnya adalah hasil optimasi pemilik-pemilik laman web yang sudah mengetahui teknik-teknik pemasaran SEO yang sebenar. Sebagai contoh, jika kita Google “servis reka grafik”, pelbagai laman web akan disenaraikan kepada kita di halaman seterusnya.

Keputusan inilah hasil daripada carian kita sebentar tadi menggunakan kata kunci “servis reka grafik”. Beruntung kepada pemilik laman web dan blog yang telah bertindak lebih awal dengan melakukan optimasi pada laman web mereka, servis mereka kini terpapar di bahagian teratas pada muka surat pertama halaman keputusan carian.

Peluang Belajar Ilmu Pemasaran SEO Secara Praktikal

akademi-usahawan

Syukur ke hadrat Allah SWT, hasrat di hati untuk duduk bersama tim Majalah Niaga bagi mempelajari ilmu pemasaran SEO diperkenankan. Sehari suntuk bersama mereka hari ini di Akademi Usahawan amat-amat berbaloi bagi saya dan rakan-rakan yang lain khususnya bagi kami yang telah menjalankan perniagaan atau menyediakan servis seperti saya.

Walaupun sebelum ini saya sudah mempunyai ilmu asas pemasaran SEO, saya jamin bahawa seminar SEO ini sesuai dan boleh dihadam oleh semua usahawan tanpa mengira ‘senioriti’ kita di dalam industri. Kaedah penyampaian mereka cukup ringkas dan mudah difahami.

Modul Mantap Pemasaran SEO – Resepi Unik Tersendiri Menawan Si Google

pemasaran-seo

Gabungan tenaga dua anak muda, tuan Aqif Azizan dan tuan Hasbul Aqill dalam berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar mereka dalam membangunkan laman Majalah Niaga begitu menjentik hati saya sekaligus memberikan saya inspirasi untuk terus bergerak ke hadapan.

seminar-seo-majalah-niaga

Modul-modul disusun mengikut tahap kefahaman para peserta. Setiap modul diadun dengan resepi-resepi unik mereka sendiri sepanjang melakukan uji cuba ke atas laman Majalah Niaga khususnya daripada aspek pemasaran SEO.

Modul 1 & Modul 2 – Asas Pemasaran SEO

Modul 3 – Kajian Kata Kunci & Analisis Pesaing

Modul 4 – Rahsia Optimasi On Page SEO

Modul 5 – Rahsia Optimasi Off Page SEO

Modul 6 – Buat Duit Dengan SEO

Penyampaian Jelas, Mudah & Santai 

seminar-seo

Kedua-dua penceramah begitu professional dalam mengendalikan setiap slot dan soalan yang diajukan. Mereka sentiasa cuba mewujudkan suasana santai di dalam penyampaian dan menggalakkan kami para peserta untuk melibatkan diri dengan bertanyakan soalan.

Saya juga sempat bertanya beberapa soalan yang sebelum ini dibiarkan tidak berjawab begitu sahaja kepada tuan Aqif Azizan dan tuan Hasbul Aqill sendiri. Alhamdulillah, kedua-dua penceramah sudi berkongsi pendapat dengan memberi cadangan yang lebih baik untuk setiap soalan yang saya ajukan.

Slot Aktiviti Dalam Kumpulan – Uji Kefahaman

teknik-pemasaran-seo

Bercakap mengenai seminar yang memerlukan kemahiran teknikal, semestinya amali harus dilakukan secara langsung. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberi beberapa tugasan selepas modul diterangkan.

Hasil daripada sesi praktikal dalam kumpulan sebegini, penceramah akan memberikan pendapat peribadi mereka dan mencadangkan penambahbaikan yang sesuai dan relevan untuk dilakukan bagi memperbaiki sesuatu kedudukan laman web di enjin pencari (Google) itu sendiri.

Sesi ‘praktik-kritik-cadangan’ ini sangat saya suka. Dengan sesi ini sahaja, saya telah mendapat pelbagai idea baharu untuk projek saya yang seterusnya. Juga, saya telah berjaya mengenalpasti beberapa kesilapan yang telah saya lakukan di dalam laman web dan promosi pemasaran SEO saya sebelum ini.

9/10 Bintang Untuk Seminar SEO

Secara peribadi, saya berikan 9/10 bintang kepada tim Majalah Niaga di atas anjuran Seminar SEO kali ini. Walaupun kita bermula sedikit lewat, tetapi pengisiannya cukup padat dan saya hampir tepu!

Syabas di atas pengurusan majlis yang cekap, katering yang sedap dan penyampaian yang mantap. Teruskan usaha memandaikan bangsa!

Daftar Seminar SEO – Slot Terakhir

pemasaran-seo

Kepada rakan-rakan usahawan yang berminat untuk turut sama hadir mempelajari ilmu pemasaran SEO dan mendapatkan bimbingan daripada pakar seperti saya hari ini, anda boleh daftarkan diri anda di sini.

Saya dimaklumkan oleh tuan Aqif Azizan, slot akan datang (pada 5 Mei 2012) adalah slot terakhir. Mereka akan menutup slot bagi Seminar SEO selepas slot terakhir ini.

Jika anda mahu melihat laman web anda tersenarai di enjin pencari (Google) dengan kata kunci yang tepat, seminar ini adalah untuk anda.

Klik Sini Untuk Daftar Seminar SEO

 Kredit foto: Hasbul Aqill, Majalah Niaga

Published by

Zainudin Zulhilmi

Akan di-update kemudian.

8 thoughts on “Review Seminar SEO Majalah Niaga”

  1. Saya mewakili tim Majalah Niaga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan dan para peserta yang lain kerana menyertai seminar ini. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    Agak sedih kerana terpaksa mengendalikan Seminar SEO buat kali yang terakhir pada bulan Mei 2012. Namun begitu, berkat sokongan individu hebat seperti tuan yang membuatkan kami sentiasa komited untuk berkongsi ilmu.

    Jumpa kita majlis-majlis ilmu yang lain. Insya Allah. :)

    1. Sama-sama tuan Aqif. Insya-Allah, semoga segala ilmu yang disampaikan bermanfaat buat saya dan para peserta yang lain juga.

      Saya yakin dengan kemampuan tim Majalah Niaga dalam hal ini. Teruskan usaha. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala usaha kalian.

      Insya-Allah, bertemu lagi kita selepas ini. :)

    1. Benar tuan. Mereka adalah salah satu tim yang mempunyai sistem pengurusan yang hebat.

      Terima kasih tuan Gero. Insya-Allah, berkat sokongan daripada tuan, mana tahu saya akan tampil dengan servis SEO pula pada masa akan datang? ;)

  2. Salam. Aku berminat sebenarnya nak join Seminar SEO ni tapi ada beberapa halangan yang membuatkan aku tak dapat join buat masa ni. Tapi memandangkan Seminar SEO bulan Mei ini adalah yang terakhir, aku akan cuba jugak untuk hadirkan diri. Hehe.

    Btw, blog ini pakai theme apa ek? Nampak kemas.

    1. Hadir ke seminar dan belajar secara LIVE adalah lebih baik. Kita kurang jelas, angkat tangan dan tanya terus. Berbeza dengan belajar berpandukan ebook / video, komunikasi dua hala tidak berlaku. :)

      Blog ini menggunakan Thesis Theme tuan. Saya cuba bawakan konsep ‘ringkas tapi kemas’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge