Zulhilmi Zainudin

Makna Sebenar Kekayaan


makna-kekayaan-sebenar

Semua orang mahu kaya. Tiada siapa mahu hidup susah. Namun, matlamat setiap orang untuk kaya itu berbeza-beza. Dan, perbezaan itulah yang membezakan siapa kita sebenarnya.

Saya tidak terkecuali dari mempunyai impian tersebut. Hati ini pernah berimpian untuk memiliki kereta yang besar, rumah yang besar, harta yang banyak dan bermacam lagi simbol-simbol kekayaan.

Teruskan membaca »

7 Cara Buat Duit Dengan Graphic Design


buat-duit-dengan-graphic-design

Saya sering menerima soalan daripada rakan-rakan yang baru bermula dengan graphic design dan mereka mahu tahu cara-cara untuk jana pendapatan melalui kemahiran yang mereka ada.

Sejujurnya, saya rasa tidak layak untuk menulis tentang hal ini. Sebenarnya, terdapat ramai ‘otai’ di luar sana yang lebih layak dan berpengalaman luas dalam hal ini.

Teruskan membaca »

Pengalaman Menyertai Blogrrr & Menggunakan Aplikasi MyTeksi


myteksi-booth
Gambar bersama salah seorang staf MyTeksi.

Pada 14 Disember 2014 yang lalu, saya berkesempatan menyertai acara yang dianjurkan oleh Mynic, Blogrrr. Acara ini julung kali diadakan bagi mengumpulkan penulis-penulis blog tanah air disamping memberikan mereka lebih banyak input berkaitan membangunkan empayar perniagaan internet melalui blog.

Saya bertolak sekitar pukul 7:45 pagi dari Kuantan dan tiba sekitar jam 11 pagi di Kuala Lumpur. Di sebelah pagi dan tengah hari, saya menyertai seminar lain yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

Teruskan membaca »

Saluran Sumbangan Mangsa Banjir Kuantan


skmbk

Bagi anda yang mahu menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Kuantan, anda boleh berhubung secara terus dengan pihak-pihak di bawah.

Antara yang diperlukana dalah seperti bekalan makanan, pakaian, telekung, selimut, beras, sardin atau makanan dalam tin, milo, susu, biskut, lilin, ubat nyamuk, pampers, air minuman, panadol/minyak cap kapak/minyak angin/tiger balm/minyat gamat, handyplast, vicks, cool fever, bedak bb, rice cooker, dapur, baldi, penolak air (wiper) dan lain-lain.

Teruskan membaca »

Salam Lebaran 1434H – Maaf Zahir & Batin


salam-lebaran-1434h-maaf-zahir-batin

Alhamdulillah. 29 hari berpuasa tahun ini telah berjaya membawa pelbagai perubahan kepada kehidupan kita. Ramadhan tahun ini juga telah mengajar saya akan kesederhanaan dalam berbelanja.

Persiapan menjelang Syawal kali ini juga sudah tidak seperti dulu. Jika dahulu, semua mahu baru sahaja. Tahun ini, baju raya tidak dibeli dan hanya pakai yang tahun lepas sahaja. Selipar juga tidak beli. Hanya pakai selipar yang digunakan pada hari-hari biasa sahaja.

Teruskan membaca »

(VIDEO) Pengorbanan Seorang Ayah Untuk Anaknya Yang ‘Buta’


video-pengorbanan-seorang-ayah-untuk-anaknya-yang-buta

Ayah. Tanpa dia, maka tiadalah kita hari ini. Tanpa tunjuk ajar yang tidak pernah mengenal erti jemu, keringat yang tidak pernah mengenal erti penat dan kasih yang tiada bandingnya yang telah dicurahkan kepada kita, maka siapalah kita hari ini.

Sungguh besar jasa dan pengorbanan seorang ayah demi melihat anaknya berjaya di dalam kehidupan. Apa yang anak mahukan, pasti akan diusahakan sebaik mungkin demi melihat anaknya mengukir senyuman kebahagiaan.

Teruskan membaca »

Jenaka Bagi Kita, Duka Bagi Dia


jenaka-bagi-kita-duka-bagi-dia

Apabila terlalu ghairah berbicara tentang suatu perkara, kita cenderung untuk berkata sesuatu diluar kebiasaan. Kita terlalu seronok dan hanyut dalam emosi yang menyebelahi kita pada ketika itu.

Lantas daripada ucapan yang tidak disengajakan ini, kita telah mencederakan hati dan emosi insan-insan di sekeliling kita. Walhal, pada hakikatnya kita tidak berniat untuk mencederakan emosi mereka dengan kata-kata kita.

Teruskan membaca »