Zulhilmi Zainudin

Orang Berbudi Kita Berbahasa


orang-berbudi-kita-berbahasa

“..orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Satu peribahasa Melayu yang cukup halus jika diamati dengan mendalam. Ianya mengajar kita agar lebih menghormati dan menghargai orang lain.

Namun, kita sebagai insan yang lemah sering terlupa untuk menunjukkan penghargaan kita kepada mereka sehingga kita kehilangan mereka dan penghargaan itu tidak terucap jua akhirnya.

Teruskan membaca »

Adab Meminta – Hormat, Jangan Biadap


adab-meminta-hormat-jangan-biadap

Manusia itu mempunyai perasaan. Dan, adakalanya, perasaan dan emosi seseorang itu berubah bergantung kepada persekitarannya. Sebagai seorang yang sedang di dalam situasi memerlukan dan perlukan bantuan, mintalah dengan sopan dan beradab.

Seseorang itu boleh berubah emosinya andai nada, tutur kata dan pengucapan si peminta itu tidak kena dengan gaya dan situasi pada saat tersebut. Lebih tragis, membawa haluan bicara ke arah memaksa dan mengugut pula.

Teruskan membaca »

#TwtupKaseh – Ruang Suka Buat Si Duka


twtup-kaseh

Bagi sahabat yang aktif di Twitter, mungkin anda sudah biasa dengan istilah #TwitterJaya di mana istilah ini sering digunakan bagi menggambarkan sebuah komuniti atau keluarga besar di Twitter khususnya para sahabat di Malaysia.

Terbaru dari TwitterJaya di bawah kelolaan TwtupKaseh, sebuah program amal akan diadakan bagi mengumpulkan ahli TwitterJaya untuk sama-sama membantu dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan.

Teruskan membaca »

Kenapa Impian Kita Lambat Tercapai?


kenapa-impian-kita-lambat-tercapai

Seringkali apabila kita gagal dalam satu misi perlaksaan yang dirancang, kita menyalahkan keadaan. Seolah-olah keadaan yang bersalah terhadap kegagalan yang kita alami.

Terdapat 3 Sebab Utama Kenapa Impian Kita Lambat Tercapai :

Teruskan membaca »

Terlalu Banyak Membaca, Tiada Tindakan


terlalu-banyak-membaca-tiada-tindakan

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Acap kali juga terjumpa akan kata-kata ini. Hakikatnya memang benar. Jika kita mempunyai banyak ilmu, tetapi tidak dipraktikkan di dalam kehidupan sebaiknya, ianya sia-sia.

Saya juga tidak terlepas daripada masalah sebegini. Terlalu banyak membuat pembacaan dan rujukan, tetapi masih tiada tindakan untuk membuat perubahan. Mungkin terlalu banyak persoalan bermain di minda yang mahukan kesempurnaan sahaja.

Teruskan membaca »

Salam Maal Hijrah 1434 H


salam-maal-hijrah-1434-hijrah

Salam Maal Hijrah 1434 H diucapkan kepada semua sahabat dan rakan-rakan pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga tibanya tahun baru Islam baharu ini, kita akan menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Kehidupan menuntut kita untuk membuat pilihan pada setiap ketika di dalam kehidupan. Life is all about making choices. Dan, di dalam proses membuat pilihan itu, kita tidak akan terlepas daripada membuat perubahan.

Teruskan membaca »

Bagaimana Persekitaran Mempengaruhi Tindakan Kita?


bagaimana-persekitaran-mempengaruhi-tindakan-kita

Setiap tindakan yang kita lakukan sekarang adalah hasil daripada bagaimana kita menerima keadaan persekitaran kita. Pernahkah kita berasa sangat bahagia apabila berada di suatu tempat yang kemas, perabot-perabot di dalamnya tersusun rapi serta berbau harum? Ya, semua manusia sukakan persekitaran dan tempat tinggal sedemikian.

Persekitaran ini juga termasuklah siapa di sekeliling kita yakni rakan-rakan atau ahli keluarga kita. Jika mereka boleh memberikan kita rasa selesa untuk berada di samping mereka, sudah pasti kita juga akan berasa selesa. Sebaliknya, jika mereka menunjukkan reaksi tidak selesa terhadap kita, mana mungkin kita juga akan berasa selesa berada di dalam keadaan begitu bukan?

Teruskan membaca »

Langgan artikel seterusnya daripada blog ini terus ke emel anda secara PERCUMA! Klik Di Sini Untuk Melanggan